26 November 2010

Susu Merundum..Zahirah dah pandai mengamuk..

Assalamualaikum..

Dah lame tak update blog..ade jugak yang tenanti-nantikan aku update kan..haha..bajet glamer la sangat..kekangan masa la..macam-macam berlaku tapi nak menaipnya serius macam takde masa..mungkin aku kena usaha lebih untuk belajar menguruskan masa kot..supaya ada lagi masa untuk blog ni..

Aku sekarang tengah agak pening..tapi tak boleh stress..nanti lagi takmo keluar susu ni kot..;) tengah berusaha untuk kembalikan production seperti biasa..sebelum ni kalau pump pagi kat ofis biasanya dapat 2 botol x 4 oz paling kurang..tapi sekarang dapat 1 botol je (5 oz)..oh sedih!

Puncanya datang dari aku sendiri kot..makan tak menentu..pump pun tak menentu gara-gara cuti 4 hari aritu..tapi nasib baik cukup untuk bekalan Zahirah..bekalan frozen EBM masih banyak.setiap hari aku pakai 1 atau 2 botol je dari stok frozen..tapi takde bertambah..tak boleh camni..aku kena bangkit..huhu

Hari rabu lepas MIL call kata Zahirah tak nak minum susu..dia kata susu dah tak elok..aku pikir balik..kenapa plak dah tak elok sedangkan aku baru je pump hari sebelumnya..sebelum ni takde plak masalah camni berlaku..rase cam nak menangis tak boleh nak buat kerja sebab masa call MIL tu aku dah dengar Zahirah melalak..aku pun terus mintak time off kat bos..balik awal 1 jam..

Tapi bila sampai umah MIL aku tengok Zahirah diam je plak..mungkin selesa baru lepas mandi kot..aku amik dia dari buaian nak susukan dia tak nak plak..so aku assume sebenarnya dia tak lapar..dia just nak mengamuk kot..kebetulan the next day aku amik annual leave untuk check up Zahirah 3 bulan..Bila berdua je kat rumah aku study gerak geri dia..kenapa dia menangis cam masa kat umah MIL..

Memang betul la..dia bukan menangis sebab nak susu pun..mungkin sebab bila dia sedar dari tidu dia sensorang je dalam buaian..dia sebenarnya nakkan lebih perhatian..bila dia sedar dan menangis..dia nak kita amik dia dan cakap2 bual2 dengan dia..bila dia rase okay dia pun tidur balik..So sebenarnya susu aku yang hari Zahirah melalak kat umah MIL tu bukan la rosak..cuma dia memang belum lapar..

Pagi tadi masa hantar Zahirah aku bagitahu MIL yang Zahirah dah pandai nak mengamuk nak lebih perhatian..aku bagitahu susu yang dipanaskan tu boleh tahan lagi sejam kalau2 Zahirah taknak susu tu..Sayang la..hari tu je 3 botol MIL buang sebab dia kata susu rosak, Zahirah tak nak..

Banyak dugaan nak menyusukan ni..ni baru sikit kot..dengan penghasilan susu yang tak berapa nak memberangsangkan..huhu..dah mengadu dengan husband 2 3 hari ni..tengah berusaha untuk kembalikan supply susu macam sebelum ni..tak payah risau..pump kat ofis je dah dapat 5 botol..cukup untuk bekalan esoknya..

Tadi dah suruh husband carikan longan kering..ada sumber mengatakan boleh meningkatkan penghasilan susu..selain tu aku makan Vitamin C dan B-Complex..orang tua2 plak cakap makan sawi boleh banyakkan susu badan..balik ni mesti cari sayur sawi..doa pun penting gak..yelah kita berusaha..Tuhan yang menentukan kan..

Untuk Zahirah: InsyaAllah mama akan buat yang terbaik untuk kamu sayang..

10 November 2010

Rutin Harian..

Sekejap timbul sekejap tengelam aku ni..dah memang blogger tak tegar pun..;)
Biasa la..banyak perkara berlaku..tapi tak berkesempatan nak cerita kat blog ni..

Rutin harian aku bangun pukul 5.00 pagi..gosok baju kalau belum gosok, mandi dan siap2kan Zahirah tetiba dah pukul 6.00 pagi..;) dulu memang pukul 6.00 pagi je dah keluar rumah..tapi sekarang dah boleh bajet masa keluar rumah pukul 6.30 pagi pun sempat lagi sampai tempat kerja before 8.00 am..;)

Untuk mengelakkan rase cemburu aku bila aku sorang je bangun awal..aku suruh jugak husband bangun awal jugak seawal pukul 6.00 pagi..motor dia tinggalkan dekat umah MIL so setiap pagi boleh pergi kerja sama2 hantar anak sama2..hehe..barulah rase adil kot..

Sampai umah MIL dalam 20 minit perjalanan..sesampai je aku terus uruskan stok EBM untuk Zahirah sepanjang hari tu..biasanya balik kerja ambik Zahirah tu aku terus letak stok perahan kat opis tu dalam fridge..so bila pagi hantar Zahirah tu tinggal letak lagi berapa botol yang tak cukup..biasanya dalam 5 - 6 botol..bergantung kalau aku rase nak kerja lebih masa aku standby 6 botol (4 oz per bottle).. 

Dalam pukul 7.00 terus pergi kerja..bergantung pada tahap kesesakan lalu lintas..selalunya boleh sampai sebelum pukul 8.00..;) siap singgah warung beli breakfast..;)

Sampai je lab terus panaskan air untuk sterile peralatan untuk pump dan botol2 susu..sepanjang kat tempat kerja mesti pump minima 3 kali..kat lab ade fridge masuk je EBM dalam fridge..then waktu balik bawak balik menggunakan cooler bag dengan 2 keping MLO Ice Packs..

Sampai rumah MIL angkut sekali husband balik rumah..hehe..sampai rumah masak, basuh baju main2 dengan Zahirah dalam pukul 11.00 camtu dah masuk tidur..Zahirah  tidur lagi awal..yang aku bersyukur sangat husband tak kisah pun kalau dia kena masak..;) thanks sayang..jadi aku pun takde la penat sangat..

So macam tu la rutin seharian aku buat masa ni bila hari bekerja..;) 

01 November 2010

Zahirah 2 months


Zahirah sbenarnya dah 2.5 bulan..haha baru nak update..cepatnya anak mama membesar..check up yang lepas berat Zahirah adalah 5.3 kg..dapat injection kat peha kanan pulak..nasib baik tak demam..Alhamdulillah lepas inject tu terus bagi ubat demam selang 6 jam bagi lagi dia tak demam..tapi merengek la jugak..selalu dia tak pernah nangis takde sebab..tapi ni dia nangis beriya sampai aku pun rase nak nangis sekali..;)
Untuk bulan ke-2 ni Zahirah dapat imunisasi untuk: Radang Hati, Radang Paru-paru, Polio, Batuk kokol dan tu je la kot..;) rupanya nak kena tanya baru la jururawat tu terangkan betul2 detail..kalau tak tanya dia just bagi suntikan je la..
DSC03068
Lepas je kena injection nangis beberapa saat terus tidur..bagus betul anak mama ni..kebetulan aku cuti masa hari pergi check up tu..so lepak2 je la kat umah dengan Zahirah..
Zahirah’s milestone:

  • Smiles -->comel gile bila dia senyum..bila nak gi keje mesti senyum2 mcm taknak bagi aku gi keje..;)



  • Tracks objects with his eyes
    -->bukan setakat objek je kalau mama dia bergerak jauh dari dia je mesti tertoleh2 kepala dia..;p dah kenal orang pun ye..



  • Makes noises other than crying –> pandai tarik perhatian tu..



  • May repeat vowel noises, such as "ah" or "ooh" --> seronok..macam ajak kite berbual dengan dia..


  • Ok..Nanti update lagi pasal budak kecik ni..;)
    DSC03069
    Reference: ivillage