Mintak duit kat sape la..;p begini ceritanya..Kereta hitam gaya mutu keunggulanku itu sudah siap dibaiki..Melayang jugak RM 400 kerana excess fee..orang semua dok tanya..eh! claim insurance pun kena bayar jugak ke? Kenapa ada excess fee?
- Pengalaman memandu kurang dari 2 tahun. Senang cakap msih lagi memegang Lesen P..Terkena kat aku..tu la dulu lepas SPM taknak terus amik lesen..Nasib..
- Pemilik/pemandu kenderaan berusia bawah 21 tahun. Harap maklum saya sudah berumur 25 tahun ye..;p
- Pemandu bukan penama pada polisi..Camne aku nak explain yang ni..buat ayat pun tak betul..Haha..
Haa..tu la sebabnya aku kena bayar excess fee..nak tambah macam malang je nasib (ish tak baik ckp camni kan) kejadian yang meluluhkan hatiku itu kembali berulang..
Keretakan tu semakin memanjang..tak tahu mane nak pergi..Huhu..
Disini saya ingin meminta simpati..eceh! takdelah..terpaksa la tunggu hujung bulan baru ganti cermin itu..*sedih* nasib baik ade cover insurans..kena tambah dalam RM 200 je lagi..
Mula la nak menyanyi..
Duit duit dimana kau duit
Duit duit hutangku membukit
Lalalalala..
p/s: lagi besar gaji lagi banyak tanggungannya..Lagi besar periuk nasi, lagi banyak keraknya..;p
apasal kena lilis tu?
ReplyDeleteitu kena batu la aida..kena batu kecik je tapi keretakkan dia merebak memanjang sampai la dia akan jumpa hujung cermin tu nanti..nak kena cepat tukar..
ReplyDelete