24 November 2009

Malam Rewang..

Kat kampung atau kat mane-mane je la setiap kali ada kenduri kahwin mesti orang kampung pun dengan ringan tulangnya datang menolong..budaya yang masih kita jumpa sampai sekarang..

22 November lepas adalah majlis resepsi aku selepas sebulan beberapa hari bernikah..so 2 hari sebelum tu dah wat la semua persiapan..tapi tak ada jugak yang tak siap..HAHA siapa yang kelam kabut..aku jugak..

DSC00576

Ni makcik makcik aku yang bertungkus lumus siapkan goody bag untuk keesokan harinya..masukan aneka kerepek, gula-gula dan telur..yang lainya esok baru masukkan..contohnya macam nasi dan lauk pauk..

DSC00578 sibuk sibuk pun nak jugak bergambar..=) antara yang ade..

bilik tidur dgn hantaran plak baru petang 21hb tu aku siapkan..orang datang rewang dah sibuk tanya mane hantaran mane bilik pengantin..tapi tak siap-siap lagi..keje last minute semua..=)

DSC00573

hantaran dari pihak lelaki 7 dulang berbalas 9..aku bagi banyakkan makanan je..buah-buahan, coklat, kek lapis sarawak (sponsor dari kak leen), cupcake (sponsor dari mak kak niza) dgn yang lain2 tu baju, set jagaan badan lelaki dgn wallet beserta tali pinggang..

DSC00582

malam tu jugak ade sesi karaoke..sesapa yang nak menyumbangkan suara dipersilakan..ramai jugak budak2 kampung datang sumbang suara yang ala2 ade yang sedap ade yang kureng..tak kisahlah..tetapi semuanya menghiburkan..

DSC00583

malam dah ade start masak..takut esok kelam kabut..so memalam tu dah stand by..tunggu untuk esok masak lauk pauk..ape lauk yang ade aku pun tak pasti..mase hari majlis tu aku dah tak nampak ape2..harap majlis cecepat habis n berjalan lancar je..Alhamdulillah semuanya dah settle..

2 comments:

  1. beb,
    sorry aku ngak dpt hadir hr tu...last minute ada family matter :(

    nway, congrats to both of u. smoga bahagia hingga akhir hayat. amin :)

    ReplyDelete
  2. itu la pelik jugak elly n abid kate ko nak dtg,..takpe..paham..terima kasih bebanyak..=)

    ReplyDelete