03 August 2009

Tanah Pusaka

Pergh!! dah tinggal blog beberapa hari makanya nak mentulis blog lagi dah macam ayam berak kapur..lagi2 xde idea nak update kan..hish! buang masa je kat blog budak ni..HAHAHA..

Banyak perkara berlaku sepanjang minggu lepas..tapi kan takde gambar..jadinye lambat la nak update nak recall lagi ape yang berlaku minggu lepas..tapi aku paling ingat yang ini;

Sabtu lepas emak dah booked aku n adik aku awal2 untuk gi ke rumah atuk tiri kitorang sebab ade kenduri dan bacaan yaasin ..aku pun takde hal la..Annual Leave dah apply awal2..Aku n adik aku ni pun pikir la sesambil tu boleh gi ke umah Pak Long..(Pak Long ni kira pemegang amanah untuk aku adik beradik 3 org lepas arwah abah meninggal, sebab dia abang yang sulung)

Lepas abah meninggal dia pun beriya-iya konon nak jaga kitorang 3 beradik..sampaila satu masa mak jumpa dengan abah (bapak tiri) dan akan berkahwin keadaan jadi luar biasa..lain macam sampai kitorng meninggalkan umah pusaka dan tanah arwah abah sekali..tanah tu ade umah dan kebun kelapa sawit yang diuruskan oleh pak andak..Pak Andak mmg best..memahami kitorang..kalau perlu duit ke ape2 dia akan bantu lagi pun dia kan ade simpan duit hasil kebun sawit arwah abah tu kan..

Tapi entah kenapa Pak Andak serahkan pulak pada Pak Long urusan kebun + tanah arwah abah..Hari Raya tahun lepas Pak Andak ada pesan..adik lelaki aku pun dah cukup umur..boleh la wat urusan tukar nama arwah abah kepada nama adik aku cepat..sebelum adik beradik arwah abah semua dah takde nanti..betul jugak..nanti hal jadi lagi la complicated..dengan tujuan tu la kitorg datang sabtu lepas..nak tanya2 ape prosedur yang patut dan belanja yang nak kena keluarkan untuk urusan tukar hakmilik tanah tu..

image

Kebun pusaka..gambar sekadar hiasan..=)

Tapi aku sangat tak puas hati dengan layanan Pak Long masa tu..apetah dia ingat aku n adik aku mase tu..ingat aku nak jual ke tanah pusaka arwah abah tu..dengan intonasi nada suara dia tu..

" Pak Long nak tanya ni ape tujuan korang nak tukar nama ni??"

Perlu ke dia nak tanya camtu..tu kan dah tanggungjawab dia sebagai pemegang amanah untuk kembalikan balik hak org..takkan la kitorg nak jual tanah pusaka arwah abah..lagipun dalam geran tanah tu ade banyak nama..arwah atuk pun ade..nama jiran sebelah punya tanah pun ade..emm..aku tak nak la bersangka buruk kat dia..tapi sejak dia yang pegang urusan hasil kebun bila nak mintak duit untuk belanja sekolah adik aku pun susah..ade la alasan ke masalah ke dia nak bagitau..

So sekarang ni tengah dalam urusan lagi la hal tu..samada nak tukar kepada 1 nama sahaja adik aku atau nama 3 org sekali tapi kena tunggu lagi 3 tahun..sebabb adik aku yang no.3 tu sekarang baru unmur 18 thn..

Korang rase mane yang patut?? tunggu 3 tahun lagi (ntah2 sempat org tua tu dah xde kat dunia ni) atau tukar pada nama adik aku sorang? aku percaya kat adik aku yang sorang tu..How?

No comments:

Post a Comment